1. Pemilihan kedai tayar yg berkualiti adalah penting. Pilih kedai yg ada lift supaya bahagian bawah kereta tidak rosak.
2. Dari segi pemilihan tayar pula, pilih tayar yang yang bunga tayar kecil untuk pemanduan yang senyap. Pastikan saiz longkang tayar yang sesuai untuk pemanduan yang selamat ketika hujan lebat.
3. Bunga tayar yang besar dan longkang yang besar adalah untuk pemanduan berprestasi tinggi. Ianya lebih mencengkam ketika memandu tetapi agak bising.
4. Tarikh tayar dikilangkan perlu disemak agar tidak membeli tayar yg dah hampir luput. Sebagai contoh '1414' bermakna tayar dikilangkan pada minggu ke empat belas tahun 2014.
5. Tayar yang sudah melebihi 4-5 tahun tidak disyorkan kerana sudah keras dan ianya mudah merekah dan pecah.
6. Ketika tayar ditukar, berdiri berhampiran dan pantau untuk mengelakkan penipuan.
7. Ketika proses aligment kereta pun sama, pastikan dipantau dan mesti tahu ape itu 'camber' dan 'toe angle'.
8. Semasa memandu balik ke rumah, check balancing tayar . Jika balancing tayar depan out, steering akan rasa bergegar dan untuk tayar belakang boleh tgk headrest kerusi belakang.( lihat melalui cermin pandang belakang)
Nak sewa kereta!!!!