Kereta Sewa Kelantan | Van Sewa Kelantan

Kereta Sewa Van Sewa Machang

Kereta Sewa Machang ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa diMachang, Kelantan. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Machang, Kelantan.

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Kelantan. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.

10 Hotel penginapan terbaik di Kelantan Darul Naim

Penginapan hotel mahupun resort yang baik mampu memuaskan hati pengunjung bagi memastikan percutian serta sebarang urusan di Kelantan berjalan lancar dan menyeronokkan. Buat masa ini, terdapat lebih dari 100 buah penginapan yang terdiri dari hotel dan resort di Kelantan. Di sini, kami senaraikan 10 buah penginapan terbaik sepanjang tahun 2012 yang merangkumi hotel 5 bintang hingga 2 bintang. Kriteria pemilihan yang digunakan adalah berdasarkan 2 faktor utama iaitu:

  • Pilihan Pengunjung – Purata vote atau recommendation pengunjung sebenar yang telah menginap dan merasai sendiri pengalaman mereka. Ini meliputi layanan mesra,  kemudahan, keselesaan dan tahap kebersihan. Perbandingan dibuat berdasarkan maklumat web tempahan hotel terkemuka iaitu Agoda, Booking.com dan Tripadvisor.
  • Lokasi dan suasana persekitaran– Lokasi yang strategik untuk akses ke pelbagai tempat menarik di Kelantan dan juga suasana persekitaran yang menarik serta mendamaikan.

1.      Tok Aman Bali Beach Resort
Resort Tok Aman Bali Beach ini telah menambat hati pihak kami untuk dicalonkan penginapan nombor 1 terbaik di Kelantan. Resort yang masih baru lagi ini terletak di Tok Bali di mana ia sangat sesuai bagi pengunjung mencari kedamaian sambil menenangkan fikiran, jauh dari kesibukan kota. Suasana yang selesa dan pemandangan di sekitar resort yang cantik menjadikan resort ini penginapan terbaik sepanjang tahun 2012 di Kelantan. Lihat kadar harga bilik Tok Aman Bali Beach Resort


2.      Hotel Grand Riverview
Lokasi hotel yang sangat strategik iaitu di tepi sungai Kelantan menjadikan Hotel Grand Riverview ini hotel paling popular di sini. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah kolam mandi. Sememangnya sesuai dijadikan penginapan seisi keluarga mahupun urusan perniagaan. Hotel ini juga paling kerap digunakan bagi pelbagai urusan rasmi dalam negeri mahupun antarabangsa. Facebook rasmi Hotel Grand Riverview juga antara facebook hotel yang paling aktif menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti. Lihat kadar harga bilik  Hotel Grand Riverview


3.      Tune Hotel
Tune Hotel merupakan hotel milik syarikat penerbangan Air Asia yang mampu disewa oleh semua golongan. Harga bilik Tune Hotel di Kota Bharu ini sangat berbaloi dengan kemudahan dan keselesaaan yang disediakan. Sangat sesuai dijadikan tempah persinggahan yang selesa. Lihat kadar harga bilik Tune Hotel Kota Bharu


4.      Hotel Renaissance
Hotel Renaissance merupakan satu-satunya hotel mewah bertaraf antarabangsa 5 bintang di Kelantan. Dengan status hotel 5 bintang, pengunjung semestinya mendapat segala kemudahan dan servis yang maksimum sesuai dengan taraf hotel ini. Lihat kadar harga bilik Hotel Renaissance


5.      Hotel Ridel tepi Sungai Kelantan
Jika inginkan penginapan dan pemandangan Sungai Kelantan dengan bajet yang rendah, Hotel Ridel ini adalah pilihan anda. Di depan hotel ini juga terdapatnya food court dan restoran, sesuai menjamu hidangan seisi keluarga sambil menghirup udara di tepi sungai. Selain itu, hotel ini sangat dekat, malah boleh berjalan kaki sahaja ke tempat tumpuan utama pelancongan di Kelantan seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Kampung Kraftangan dan pelbagai lagi. Hotel Ridel


6.      Hotel Habib
Hotel habib antara hotel 2 bintang yang mendapat rekomendasi tinggi di laman Agoda. Lokasinya terletak di tengah bandar Kota Bharu. Servis dan layanan yang mesra dari staf suasana bilik yang bersih dan kemudahan yang masih baru menjadikan hotel ini pilihan yang tepat untuk persinggahan anda di Kelantan. Lihat kadar harga bilik Hotel Habib


7.      Crystal Lodge
Hotel Crystal Lodge menawarkan penginapan yang bersih dan selesa. Lokasinya yang ideal dapat memberi ketenangan dalam kesibukan urusan percutian walaupun ia terletak di pusat bandar Kota Bharu iaitu berhampiran dengan Sungai Kelantan. Lihat kadar harga bilik Hotel Cyrstal Lodge


8.      Sudara Beach Resort
Sudara Beach Resort adalah resort kedua terbaik di Kelantan selepas Tok Aman Bali Resort. Resort ini pernah memenangi ‘Anugerah Resort Terbaik Di Kelantan’ oleh Tourism Malaysia Kelantan pada tahun 2010. Harganya berbaloi dengan persekitaran dan pantai yang bersih serta cantik. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat perjumpaan hari keluarga terutamanya dengan  kemudahan perkhidmatan dorm yang boleh menempatkan jumlah penginap yang ramai. Lihat kadar harga bilik Sudara Beach Resort


9.      Hotel Crown Garden
Hotel Crown Garden antara hotel yang berada di pusat bandar Kota Bharu. Lokasinya di tengah pusat bandar Kota Bharu memudahkan anda akses ke pelbagai tempat menarik di sekitar bandar ini. Layanan dari staf yang diberikan juga mendapat pujian dari pelawat hotel ini. Lihat kadar harga bilik Hotel Crown Garden



10.  Perdana Resort
Perdana Resort antara resort yang paling lama beroperasi di Kelantan. Resort ini terletak di Pantai Cahaya Bulan merupakan resort yang dekat dengan Kota Bharu menjadikan resort ini resort pilihan bagi seisi keluarga di waktu cuti sekolah. Lihat kadar harga bilik Perdana Resort

Selain dari 10 penginapan terbaik yang dipaparkan disini, banyak lagi hotel lain yang boleh dipilih apabila menginap di Kelantan. Kami cadangkan anda membaca panduan untuk memilih hotel di Kelantan sebelum membuat keputusan untuk menempah bilik. Ia dapat membantu anda memilih hotel berdasarkan kesesuaian percutian ataupun sebarang urusan  anda di Kelantan.

Kami menyediakan perkhidmatan sewa Van di Machang
Nissan urvan baru dan Toyota Hiace Baru

Kami juga menyediakan pelbagai jenis kereta untuk disewakan seperti Vellfire, Starex, Alza, Hiace, Myvi, Saga, Axia dan Viva

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Machang, Kelantan. Kereta dan Van sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.

Untuk booking call 016 - 750 8833

Car Rental Kelantan is located in Kelantan, Malaysia. We enjoy to give you as our customer the best car rental and chauffeur (car rental with driver) service we have. We provide Car Rental and Chauffeur Services for individual and corporate, local and also international customers. We have various types of car model including economic, MPV, Sedan, LUXURY and van. At Car Rental Kelantan we try our best to give the best car rental and chauffeur (car rental with driver) service we have because our customers' happiness are our satisfaction.


We provide Car Rental and Chauffeur (Car Rental with driver) Services

Kami menawarkan perkhidmatan kereta sewa sekali pemandu dengan harga berpatutan. Semua pemandu kami dilatih untuk menjadi pemandu yang cekap dan penjaga yang sangat baik.

Pemandu kami bukan sahaja akan memandu anda ke mana anda ingin pergi tetapi mereka akan mengambil berat dalam memastikan anda selesa dan baik sepanjang perjalanan anda.

Harga yang kami tawarkan termasuk Minyak, Toll, Professional Driver, Keadaan kereta yang sangat baik dan Air Mineral Percuma untuk setiap penumpang.