Rakyat Malaysia agak cerewet dalam memilih kereta. Secara umumnya, model kereta yang paling menjadi pilihan, digemari serta laris dijual biasanya mempunyai ciri-ciri berikut, antaranya adalah...
Ciri-Ciri Kereta Pilihan:
- Harga mampu milik
- Praktikal serta mudah digunakan untuk apa jua tujuan oleh semua peringkat usia dan status.
- Ekonomi iaitu jimat penggunaan bahan api
- Jenama yang diyakini
- Kualiti dan reabiliti
- Mutu servis lepas jualan
- Rendah kos maintenance
- Harga jualan semula yang tinggi
Rekabentuk, teknologi, kuasa enjin, eksesori dan tahap keselamatan dilihat hanya hebat menjadi bualan serta kritikan tetapi ianya tidak membawa pengaruh yang besar kepada pilihan ramai pembeli. Ianya hanya mempengaruhi pembeli yang membeli kereta pada harga RM100K ke atas sahaja.
Top 10 Jenama/Pengeluar Kereta Pilihan Malaysia 2016
Sebelum kita lihat senarai Top 10 model kereta yang menjadi pilihan dan digemari rakyat Malaysi, kita lihat statistik jenama/pengeluar kenderaan yang paling laris jualannya di Malaysia pada tahun 2016.
Rank 2016
|
Jenama
|
Jumlah Jualan (2016)
|
1
|
Perodua
|
207,110
|
2
|
Honda
|
91,830
|
3
|
Proton
|
72,290
|
4
|
Toyota
|
63,757
|
5
|
Nissan
|
40,706
|
6
|
Isuzu
|
12,818
|
7
| Mazda |
12,493
|
8
|
Mercedes Benz
|
12,017
|
9
|
Mitsubishi
|
9,395
|
10
|
BMW
|
9,000
|
Jumlah jualan kereta mewah Mercedes Benz dan BMW pula sangat memberangsangkan... Adakah ini bermakna semakin ramai orang kaya di Malaysia?
Top 10 Model Kereta Pilihan Malaysia 2016
Berikut adalah senarai Top 10 model kereta pilihan rakyat Malaysia 2016. Ianya berdasarkan kepada jualan, populariti dan pandangan peribadi BM mengikut perkembangan dan pasaran industri automotf negara 2016.10. Nissan Almera
Ini adalah bukti nyata bahawa rupabentuk kereta bukan faktor penentu kepada pilihan pembeli. Nissan Almera membawa perspektif baru dalam penilaian sesebuah model kereta. Apakah kehebatan kereta ini sehingga layak berada di Top 10? Jawapannya mudah... Anda perlu mencuba dan nilaikannya sendiri!
9. Toyota Vios
Generasi ke-3 Toyota Vios ini agak gagal buat Toyota kerana ianya tewas kepada Honda City sebagai model bukan tempatan yang paling menjadi pilihan. Mungkin kerana rakyat Malaysia menilai lebih terperinci akan model kereta bukan tempatan dan Toyota Vios generasi ketiga ini tiada kelebihan atau peningkatan ketara di mana hanya pertukaran bentuk luaran sahaja umpama menyalin kulit.
8. Proton Persona
Proton Persona baru ini telah menenggelamkan model Iriz (Persona baru adalah versi Iriz sedan) dan ianya menjadi pilihan terkini rakyat Malaysia bagi sebuah model kereta sedan yang seronok untuk dipandu dan selesa untuk penumpang.
7. Honda HR-V
Wow! Sungguh hebat fenomena SUV kompak ini sehingga tersenarai dalam Top 10! Honda HR-V menjadi pilihan rakyat Malaysia yang semakin berubah kepada gaya kehidupan lebih urban. interaktif dan aktif, maka Honda HR-V adalah model kereta yang paling sesuai dan tepat untuk generasi masa kini.
6. Perodua Myvi
Model kereta yang pernah menjadi pilihan no. 1 rakyat Malaysia sebelum kemunculan Axia ini tetap tersenarai dalam carta Top 10. Ianya kekal relaven dan hanya menanti masa untuk melonjak semula apabila model Generasi ke-3 Myvi bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.
5. Honda City
Honda City generasi ke empat ini mendominasi pilihan rakyat Malaysia 2016 bagi model kereta bukan Nasional yang selama ini dikuasai oleh Toyota Vios. Kejayaan Honda City ini dicapai melalui peningkatan serta penawaran produk yang berbaloi dengan harga.
4. Perodua Bezza
Walaupun hanya dilancarkan pada bulan Julai 2016, model Perodua Bezza mendapat sambutan yang sangat hebat sehingga menjadi model kereta pilihan terhangat di Malaysia! Ianya merupakan versi Axia sedan bagi mereka yang memerlukan lebih ruang bagasi. Bezza adalah model kereta sedan pertama Perodua yang berjaya mengukuhkan penguasaannya di pasaran negara ini.
3. Perodua Alza
MPV saiz sederhana ini menjadi pilihan apabila tidak memilih kereta sedan. Ianya praktikal untuk sebuah keluarga yang kecil dan sederhana besar. Maka tidak hairanlah Perodua Alza masih berjaya tersenarai dalam top 3 model kereta pilihan rakyat Malaysia walaupun ianya sudah lebih 5 tahun berada dipasaran.
2. Proton Saga
Kereta sedan paling murah di Malaysia ini terus kekal menjadi antara kereta pilihan ramai. Model ikon yang sangat penting buat Proton dalam meneruskan survival serta penguasaan pasaran di negara ini. Model baru Proton Saga R akan meneruskan kesinambungan namun kali ini ia terpaksa bersaing hebat dengan Perodua Bezza.
1. Perodua Axia
Tidak dapat disangkal lagi ianya milik Perodua Axia kerana Axia memenuhi hampir kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk dinobatkan sebagai model kereta no. 1 pilihan rakyat Malaysia 2016.
Pilihan Ditangan Anda
Pilihan rakyat Malaysia tidak semestinya adalah pilihan anda. Pastinya model kereta pilihan kita semua adalah sebuah kereta mewah namun disebabkan harga yang mahal maka terpaksalah pilih mengikut kemampuan.Harga menjadi penentu yang muktamad bagi majoriti rakyat Malaysia apabila membeli sesebuah kereta. Maka model kereta pilihan rakyat Malaysia ini sebenarnya adalah pilihan terpaksa yang bukan dibeli atas dasar minat atau kerana ciri-ciri keistimewaannya tetapi mengikut kemampuan dan kegunaannya.
Disebabkan itulah juga kenapa model kereta yang tersenarai dalam Top 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016 ini didominasi oleh kereta keluaran tempatan. Apa pun model kereta pilihan anda, hanya anda yang tahu kenapa ianya menjadi pilihan...